Saturday, 16 March 2013

New Day & New Life






        
        Alhamdulillah, Ya Allah kerana memberi aku sedikit waktu untuk berkongsi cerita di ruangan ini.  Pada hari ahad minggu lepas, awal-awal pagi lagi saya bangun, bersiap- siap nak pergi class yang di anjurkan untuk new business partners. Nak buat apa2 pun kita memang kena ada ilmu. Kalau tak nanti kita sesat jalan. Betul tak.? Million thanks to GLAM  kerana menganjurkan kelas kepada kami sebagai orang baru dalam biz ni.  Dan yang penting kelas ni free...kita pergi dan ambil ilmu yang di berikan serta gunakan sebaik mungkin.

           Perjalanan selama setengah jam ke TTDI bagaikan tidak terasa. Teruja sangat nak jumpa dengan mentor dan juga business partner yang lain. Saya cubit tangan,  bukan mimpi. Tersenyum sendiri saya. Selalunya kalau hari Ahad, duduk kat rumah je..baca novel..takpun layan drama Korea. Tapi hari ni kena sacrifices sikit . Peluang yang ada jangan di lepaskan.  Lagipun tak bolehlah buat perkara yang sama je. Barulah hidup ni bewarna-warni.  Macam pelangi tu. Menarik dan cantikkan ..

           Kelas mula pukul 10 pagi, tapi excited punya pasal..belum pukul 10 lagi saya dah sampai.. Nak cari ilmu kita kena ada semangat lebih.  Erm..ramai juga bisness partners yang baru join bulan ni. Inilah peluang nak berkenalan. Ada yang  buat biz ni secara full time dan ada yang buat part time sebab komitmen dengan kerja, macam sayalah buat part time. Insyaallah lepas ni nk buat full time juga.

             Terangguk-angguk saya sepanjang kelas…bukan sebab ngantuk tau, tapi sebab knowledge sharing yang di berikan oleh mentor2 iaitu CDM Nurul dan CDM Mai membuatkan saya semakin faham dan rasa enjoy nak buat biz ni. Nota usah cakaplah…berjela-jela. Semua rasa penting. Rugi pulak kalau tak salin. Kat luar sana pun susah nak dapat info free ni. Semua kena bayar. Sebelum ni, saya langsung tak tahu apa-apa. Tapi sekarang Insyaalah dengan tunjuk ajar dan ilmu yang di kongsikan oleh para mentor dapat saya gunakan untuk buat bisness ni. 

Self confident pun dah up skit….

Tik..tok..tik..tok..tak sedar jam dah pukul 3…barulah kelas bersurai. Kami sambung pulak dengan sesi bergambar.


 Smile & Enjoy !
My Lovely Biz Patners CDM Nurul & Shema
           

No comments:

Post a Comment